Rabu, 6 Julai 2011

PUDING KARAMEL

bahan-bahannya

3 sudu besar gula ( untuk dijadikan gula hangus)
4 keping roti
3 biji telor
2 cawan air suam ( 1 cawan susu cair + air suam)
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanilla

cara-caranya

gila hangus

masukkan gula dlm kuali masak hingga jadi perang, kemudian masukkan 1 sudu besar air kacau hingga sebati, tuang kedlm layang ketepikan.

panaskan kukus, carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu, selepas itu masukkan telor dan esen vanilla,blender sekejap agar sebati.tuang kedalam loyang gula hangus tadi dan kukus selama 30 minit...

SELAMAT MENCUBA...




Selasa, 14 Jun 2011

TART NENAS 100 PCS





tart nenas 100 pcs,100% buttercup...menerima tempahan untuk musim perayaan dan bila-bila masa saje..
harga bagi 100 pcs  RM48.00

untuk tempahan sila hubungi kami...

sekian,

terima kasih,

Isnin, 13 Jun 2011

PANCAKE

nyum..nyum..nyum..first time buat pancake heheheh..menjadi juga akhirnya..
senang aje bahan2nya..

115g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sdu kecil krim tarta
25g butter
150ml susu segar(saya guna susu tepung +sedikit air)
1 sudu besar gula
1 biji telor
seecubit garam

satukan aje semua bahan2 tu...
pastu masak dlm kuali bulat...

Ahad, 12 Jun 2011

~PeRcUtIaN Kebandung~ Slideshow

~PeRcUtIaN Kebandung~ Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ ~PeRcUtIaN Kebandung~ Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Khamis, 9 Jun 2011

TART NENAS

                                          siap untuk dibakar

                                          tart nenas yang telah siap di packing...

kepada sesiapa yang berminat untuk menempah tart nenas ini untuk musim perayaan ataupun pada bila-bila masa saja bolehlah menghubungi saya...harga bagi 50pcs RM25.00...
Kami juga ada menjual tart nenas 24 pcs..harga bagi 24 pcs RM12.00....
penghantaran bagi sekitar lembah klang dan kuala lumpur adalah percuma..bagi luar daripada lembah klang dan kuala lumpur kos penghantaran di tanggung sendiri...

Sabtu, 4 Jun 2011

kuih-muih

SELAMAT DATANG KE BLOG IMPIANKU: AISKRIM COKLAT

AISKRIM COKLAT


yum...yum..yum...aiskrim coklat...tak payah susah-susah nak membeli...senang dan mudah aje buat aiskrim ni...cepat dan mudah...anak-anak pun suka makan aiskrim coklat ini...


bahan2nya


1 tin susu pekat
1 tin air suam) tapi aku letak susu cair)
1 sidi ovalette
1 biji telor 
4 sudu koko


carenya

  1. campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang 
  2. masukkan dalam bekas dan bekukan
  3. sedia untuk di makan...





Jumaat, 3 Jun 2011

APAM JEM MANGGA


bahan-bahannya


3 biji telor
2 cawan tepung kek
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette


intinya


jem mangga,inti kelapa pun boleh juga tak kisahlah ikut suka...


carenya

  1. masukkan kesemua bahan apam kedalam mangkuk
  2. pukul hingga kembang 
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk dan titik pewarna mengikut citarasa sendiri
  4. masukkan setiap warna kedalam piping atau beg plastik yang bersih
  5. pipenkan sedikit adunan kedalam mangkuk kertas yang telah disusunkan
  6. masukkan inti
  7. pipenkan adunan yang berlainan warna hingga 3/4 penuh
  8. kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit